Tuesday 25 September 2012


Orang kata aku lahir dari perut mak ! (Bukan Org kata , memang betul)


Bila dahaga , yang susukan aku . Mak .
Bila lapar , yang suapkan aku , Mak .
Bila keseOrangan , yang sentiasa di sampingku , Mak .
Kata mak , perkataan pertama yang aku sebut , Mak .
Bila bangun tidur, aku cari , Mak .
Bila nangis , Orang pertama yang datang , Mak .
Bila nak bermanja, aku dekati , Mak .
Bila nak bergesel , aku duduk sebelah , Mak .
Bila sedih , yang bOleh memujukku hanya , Mak .
Bila nakal , yang memarahi aku , Mak .
Bila merajuk , yang memujukku cuma , Mak .
Bila melakukan kesalahan , yang paling cepat marah , Mak .
Bila takut , yang tenangkan aku , Mak .
Bila nak peluk , yang aku suka peluk , Mak .
Aku selalu teringatkan , Mak .
Bila sedih , aku mesti telefOn , Mak .
Bila serOnOk , Orang pertama aku nak beritahhu , Mak .
Bila bengang , aku suka luah pada , Mak .
Bila takut , aku selalu panggil , " Mmaaakkkk ! "
Bila sakit , Orang paling risau adalah , Mak .
Bila nak exam , Orang paling sibuk juga , Mak .
Bila buat hal , yang marah aku dulu , Mak .
Bila ada masalah , yang paling risau , Mak .
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni , Mak .
Yang selalu masak makanan kegemaranku , Mak .
kalau balik ke kampung , yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk , Mak .
Yang selalu simpan dan kemaskan barang barang aku , Mak .
Yang selalu berleter kat aku , Mak .
Yang selalu puji aku , Mak .
Yang selalu nasihat aku , Mak .
Bila nak kahwin , Orang pertama aku tunjuk dan rujuk , Mak .
Aku ada pasangan hidup sendiri .
Bila serOnOk , aku cari , Pasanganku .
Bila sedih , aku cari , Mak .
Bila berjaya , aku ceritakan pada , Pasanganku .
Bila gagal , aku ceritakan pada , Mak .
Bila bahagia , aku peluk erat , Pasanganku .
Bila berduka , aku peluk erat , Emakku .
Bila nak bercuti , aku bawa , Pasanganku .
Bila sibuk , aku hantar anak ke rumah , Mak .
Bila sambut valentine , Aku bagi hadiah pada Pasanganku !
Bila sambut hari ibu , aku cuma dapat ucapkan “ Selamat Hari Ibu ” !
Selalu , Aku ingat pasanganku !
Selalu , Mak ingat kat aku !
Bila-bila , Aku akan telefOn pasanganku !
Entah bila , aku nak telefOn mak !
Selalu , aku belikan hadiah untuk pasanganku !
Entah bila , aku nak belikan hadiah untuk emak !

Renungkan :
" Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja , bOlehkah kau kirim wang untuk mak
" Mak bukan nak banyak , lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah .
Berderai air mata jika kita mendengarnya .
Tapi kalau mak sudah tiada .
" MAKKKKK ! RINDU MAK ! RINDU SANGAT ! "
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya !
Berapa ramai yang sanggup mengantikan lampin ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membersihkan najis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya !
Berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya !
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya !
tq tiekah..aq tau mu mesti ucap punye..aq tggu mu dari semalam ag ucapan mu..tapi meme betol firasat aq...mu ingat kite mula2 kenal dulu???aq rindu mase kita dulu2..aq bkn nk baloh sgt ngan mu,tapi palo otok aq sumbat..byk masalah...mu add la aq mula...fb aq xleh add org..kena block 7 ari..tq tikah for wish...i miss u,tiekah...

SELAMAT MENYAMBUT HARI ULANG TAHUN YG KE 19 KEPADA FIZI

Happy birthday to fizi (2x)
aku nak ucapkan selamat menyambut hari ulang tahun yang ke -19 dari tieka (musuh ketat2 yg ko syg sgt :P)..
semoga tahun ni dimurahkan rezeki dan semoga umur biar la panjng deh..
dan aku x faham benar mu mesej ko aku harituh... ayat mu bagi pendek sgt aku x paham...mu kato aku benci?..mslh nk benci sapo?..dan kalo aku x jawab tuh bukannye aku x seh layan tapi ...topup x de so...terpakse la jwb dalam hati...dan aku nak minta maaf la segalanya aku memang manusia x sempurna
dan pasal kels gi tuh memg aku sero hati gile ngn ko ngn mak jemah sengal tuh... dan
pasal fb lak unfriends tuh biarla kan sebb kalo dalam fb kito boleh add semula..kalo kat luar x leh dah wat cam fb nih...
so aku sje nak test ko...prihatin ke x...leps nih leh add pulok..itu pon kalo mu nak...
dan satu agi harap harini da best day for u and gi la sambut kat stadium sekali ngn bola....dan harp boleh kembali normal ...kalo mu prefer saing ngn apiz mak jemah tuh takpo la....mu saing la ngn dio.. 
:B

Monday 24 September 2012

Cintailah seseorang itu atas dasar siapa dia sekarang dan bukan siapa dia sebelumnya. Kisah silam tidak perlu diungkit lagi kiranya kamu benar menyintainya setulus hati.


selamat malam sayang.....
izinkan aku menyentuh hati mu dengan lembut
bagai angin menyapu rambutmu....
izinkan aku membaluti lukamu
dengan sejuta kasih yg ku cipta hanya untukmu....
izinkan aku menyapu air matamu kala tangismu......
izinkan aku merakam tawamu kala riangmu.....
izinkan aku menjadi pelindungmu kala bencana menjemput....
andai diri ini tidak perlu lagu untuk mu.....
lafazkan dari bibirmu....
akan ku sepi sendiri menanti hadirmu kembali....
jika satu hari nanti tangismu datang.....
cari lah aku di sini....
kerna aku sentiasa ada untukmu.....

Sunday 23 September 2012

sayang..
bila awk tanya..
sejauh mn CINTA sy..
sedalam mn RINDU sy..
Sekuat mn HATI sy..
setinggi mn KESETIAAN sy..
awk MARAH2 bl sy DIAM sambil TRSENYUM melihat awk..
awk MERAJUK brminggu2..
telefon x angkat ..msg x berjawab..
MARAH benar hati awk pd sy..

sayang..
hari ini.. awk dengarlah..
CINTA sy pd awk tidak boleh diukur dgn JARAK..x boleh dinilai dgn wang berjuta...juga tiada pengukur masa...kerana jika CINTA sy boleh dinilaikn dgn apa shj maka semakin BERKURANGAN lah ia nnt..
KASIH SAYANG,CINTA,RINDU SETIA serta HATI sy..tiada bertepi..ibarat luas lautan yg tiada DARATANnya..♥♥♥

Saturday 22 September 2012

luahan oh luahan

 
Kalau nak tau perempuan yang selalu ader masalah memang akan kata saya okey je..saya biasa je...saya takder masalh pon ...
walhal benda itu dia tak mahu luahkan benda / masalah tersebut
iyolah kan lelaki selalu kata benda itu benda kecil aje / remeh - temeh jer
padahal benda yang kecil mungkin jadi besar kan?..
so wahai lelaki dengar la luahan si wanita tersebut
mungkin dengan cara tersebut wanita akan lebih percaya pde anda..
:))

Bismillahirrahmaanirrahim...
Ya Allah jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya padaMu, agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu. Ya Muhaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu. Ya Rabbana, jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu. Ya Rabbul Izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan Mu. Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirMu. Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu. Ya Allah jika Kau halalkan aku merindui kekasihMu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu..amin :)


TANDA LELAKI BENAR-BENAR JATUH CINTA ♥
” Zaman skang boy lagi manja dari gurl “

Bila lelaki benar-benar jatuh cinta dan setia pada kekasihnya dengan ikhlas,perubahan sikapnya amat mengejtkan. Hati lelaki yang dianggap keras selama ini, tiba-tiba secara semulajadi menjadi selembut kapas apabila sudah jatuh cinta dengan relanya. Bahkan lelaki yang mabuk cinta sanggup berkorban dan buat apa sahaja untuk kekasihnya.Sekeras manapun hati lelaki ia akan mengalirkan air mata apabila hatinya dilukai. untuk melihat lelaki menangis amatlah payah.

Diantara tanda-tanda lelaki yang jatuh cinta dengan hebat ialah:

1. Dia bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kekasihnya dengan rela bukan kerana terpaksa.

2. Dia sentiasa ingin menghiburkan kekasihnya dan berubah menjadi orang yang kuat bercakap.

3. Dia banyak menasihati kekasihnya kerana dia amat menyayangi kekasihnya.

4. Dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap.

5. Dia sentiasa takut kehilangan kekasihnya.

6. Dia sentiasa mengawasi pergerakan kekasihnya kerana dia sentiasa berasa curiga.

7. Dia tidak suka ada lelaki lain rapat dengan kekasihnya.

8. Dia mudah merasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya.
9. Adakalanya dia seperti seorang anak kecil yang meminta perhatian kerana dia mahu kekasihnya melayannya lebih dari orang lain.

10. Dia menjadi orang yang paling rajin dan sanggup membantu kekasihnya melakukan apa saja.

11. Dia pandai merajuk hati kerana ingin dipujuk oleh kekasihnya.

12. Dia akan mengelabah apabila kekasihnya berjauhan daripadanya terlalu lama.

13. Dia sentiasa mempastikan keselamatan kekasihnya.

14. Dia mementingkan kekasihnya daripada dirinya sendiri.

15. Dia kerap bertanya adakah kekasihnya mencintainya kerana dia merasa kasihnya lebih kuat daripada kekasihnya.

16. Dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya.

17. Dia cuba meluangkan lebih banyak masa dengan kekasihnya walaupun terpaksa menunggu kekasihnya dengan sabar.

18. Dia membanggakan kekasihnya di depan orang lain.

19. Kalau ditinggalkan oleh kekasihnya, ia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain namun dia sentiasa mengharap kekasihnya kembali kepadanya.

20. Apabila timbul orang ketiga, dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa saja untuk merebut kembali kekasihnya.

21. Dia menganggap kekasihnya sebagai orang yang paling dipercayainya dan sanggup menyerahkan harta walaupun nyawanya sendiri.

22. Dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100 peratus mencintai kekasihnya. Khai dah 100% okie..

23. Bukan semua lelaki sanggup menitiskan airmata hanya untuk seorang perempuan. HARGAILAH MEREKA

harapn yang x dibalas



Friday 21 September 2012


Cinta ISLAM – Memang sudah menjadi naluri remaja untuk bercinta dan dicintai. Sudah menjadi kebiasaan mereka apabila mereka yang dilamun cinta ini menjadikan agama sebagai landasan bagi menghalalkan percintaan sebelum perkahwinan yang sudah terang-terangan haram dalam Islam.
Doa-semoga-dipanjangkan-jodoh
Antara ayat yang kerap di ucapkan bila berbicara tentang cinta:
“Ala, aku couple dengan dia sebab nak tolong dia berubah..”
“Saya cintakan awak kerana Allah..”
“Kita couple tapi bukan buat maksiat pun..”

Firman Allah S.W.T:
“Dan janganlah kalian mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.”
(Al-Israa’: 32)

Allah menurunkan ayat ini kerana iman manusia ada turun naiknya, mungkin hari ini iman kita setebal tembok batu tapi mungkin keesokannya iman kita menjadi lebih nipis daripada kulit bawang.
Bagaimana kita boleh menjamin kekuatan iman kita sedangkan kita mendekati zina? Bercinta atau lebih tepat ber’couple’ sebelum adanya ikatan perkahwinan yang sah adalah landasan utama yang akan mendekatkan diri kita dengan zina.
Bermula dengan perasaan sayang yang konon-konon berlandaskan agama, secara automatik perasaan rindu akan terbit. Rindu ini akan membelenggu minda dan menjadikan kita alpa.

“Macam mana nak cakap dengan dia ni? Aku sayang dia!”
“Kalau minta ‘break’, nanti dia sanggup tunggu aku ke?”
“Tak apa kot, kami jaga pergaulan walaupun ‘couple’..”
“Kita couple ni kan sebab nak berubah sama-sama. Tak salah..”

Sahabat, andai percintaan ini berjaya berakhir dengan pernikahan yang sah sekalipun ia terbina atas dasar maksiat. Kesannya? Nauzubillah! Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala-galanya.
Menolak cinta sebelum adanya pernikahan yang sah tidak bermakna kita perlu beserah 100% tanpa usaha. Usaha yang perlu kita lakukan adalah dengan menjadi hamba Allah yang terbaik dan sentiasa berdoa kepada-Nya.
Sebagaimana janji Allah yang berbunyi, Allah menciptakan lelaki yang baik adalah untuk perempuan yang baik. Begitulah juga sebaliknya.

Firman Allah di dalam Surah An-Nur:
“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”
(Al-Nur 24 :26)
Iya, untuk sabar dan menolak sesuatu yang telah menjadi ‘realiti kehidupan’ ini memang pahit, tapi yakinlah bahawa buahnya sangat manis. Insya-Allah! Ayuh! Kita sibukkan diri agar dapat kuatkan diri dan hati.
Ayuh! Kita ubah prinsip, andai sebelum ini kita jadikan agama landasan untuk menghalalkan apa yang haram, sekarang kita jadikan agama sebagai landasan menolak untuk mengadakan hubungan percintaan sebelum pernikahan.
Ayuh! Kita abadikan doa ajaran Rasulullah ini dalam sujud;
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Al-Furqan 25:74″)

Ingatlah!
Percintaan selepas adanya ikatan perkahwinan yang sah akan mendapat keberkatan Allah, mawaddah warahmah akan kekal subur dan sentiasa mekar dalam keberkatan.

3 Sebab Kenapa Lelaki Tidak Tertarik Pada Diri Anda

Pernah tak anda terfikir kenapa lelaki tidak tertarik pada diri anda? Anda merasakan diri anda sudah cukup sempurna, segak, cantik, menawan, dan mempersona tetapi kenapa diri anda seperti kutub magnet yang sentiasa menjauhkan lelaki dari anda? Mungkin persoalan ini yang menjadi tanda tanya pada diri anda selama ini. Anda tercari-cari apakah punca dan sebab kenapa ia terjadi sebegitu. Jangan risau. Artikel kami kali ini akan menjawab segala pertanyaan anda tadi. Kurang keyakinan diri Mungkin ya anda kata anda cantik, tetapi adakah anda yakin yang diri anda cantik? Bagaimana kalau ada seorang lelaki kutuk kata, “Macam ni cakap cantik? Muka banyak jerawat ada la! Dah la gemuk!”. Adakah anda akan tetap cakap diri anda cantik jugak? Jika anda kata, “Ya!”, bagus! Kami sangat mengagumi keyakinan diri anda. Tetapi jika anda cakap “Tidak!”, sayangnya anda perlu mengubah perkataan itu dan berkata “Ya!” dan yakin cakap diri anda cantik. Sesetengah lelaki saje nak test adakah anda ini yakin pada diri sendiri atau pun tidak. Jika anda cepat mengalah dan cepat down, mereka lagi suka mentertawakan anda. Mereka lagi suka mengejek dan memalukan diri anda. Tetapi jika anda yakin pada diri sendiri, berkata “Ya!” walaupun dikutuk, mereka akan rasa tergugat. Mereka akan rasa kagum dengan keyakinan diri anda. “Aku dah kutuk cakap gemuk pun, dia masih cakap cantik? Giler ke ape?” Argh..jangan peduli apa orang kata. Yang penting anda yakin pada diri anda sendiri. Abaikan je segala lalat, dan langau yang cuba melemahkan keyakinan diri anda. Anda tidak cool Owh…lelaki sangat tidak suka perempuan yang cepat marah, melenting dan merungut. Bagi lelaki ianya seperti anda ini seorang yang mengada-ngada dan gedik. Cerewet pun ye jugak. Anda perlu bersikap matang dan lebih keperempuanan. Lelaki suka perempuan yang lemah lembut dan rilek sepanjang masa. Jangan kelam kabut. Anda seorang perempuan dan perlu nampak cool apabila berhadapan dengan lelaki. Buat apa anda nak marah-marah di hadapan lelaki? Nak menunjukkan yang anda lagi hebat daripada mereka? Nak menunjukkan yang anda lebih dominan? Oh! Itu sangat menggugat ego seorang lelaki. Memang sah-sah lelaki akan menjauhkan diri dari anda. Bagi mereka, anda ini seorang yang poyo! Penampilan diri yang tidak menarik Ok anda mungkin seorang yang yakin pada diri sendiri, dan cool dalam perwatakan. Tetapi sayangnya penampilan diri anda tidak menarik. Pakaian anda compang camping, selekeh, dan tidak terurus. Lelaki tidak berminat untuk mendekati perempuan yang tidak menjaga penampilan. Sedangkan diri sendiri tidak terjaga, bagaimana pula perempuan akan dapat menguruskan suami mereka nanti? Mungkin itu yang ditanya dalam hati seorang lelaki. Semua orang inginkan pasangan yang cantik dan menarik. Jika anda sendiri pun tidak suka pada lelaki yang tidak menjaga penampilan, begitu juga dengan mereka. Jadi hiasi diri anda dan tunjukkan yang anda mempunyai penampilan yang ceria, menarik dan terurus. Terutama sekali dari aspek pakaian. Mekap tak mekap, lelaki tak amik kisah sangat. Yang penting, pakaian yang dipakai itu memikat hati mereka. Dan tidak semestinya kena pakai seksi-seksa untuk memikat ye…

ADAKAH CINTA KITA LUAR BIASA

Sebelum ini, pernah anda mendengar bait-bait ayat iaitu “Cinta Luar Biasa?”. Selalunya cinta yang luar biasa ini berlaku dalam perhubungan cinta antara dua pasangan dalam keadaan yang romantis dalam percintaan mereka! Mungkin juga anda berpendapat bahawa cinta luar biasa ini ialah cinta di antara raja atau anak sultan, atau bertemu cinta ketika dalam mesyuarat ataupun juga bertemu cinta ketika kemalangan ngeri malah luar biasa lagi bertemu cinta ketika menyelamatkan si dia dalam kesusahan seperti lemas atau sebagainya. Sebenarnya, semua yang dinyatakan adalah perkara yang luar biasa dan jarang berlaku dalam percintaan. Bukan semua manusia dalam kalangan kita menganggap cinta itu luar biasa kerana setiap insan berbeza pendapat dan naluri dalaman mereka. Oleh itu, bagaimana agaknya anda ingin mengesan cinta luar biasa? Sebenarnya ia tidaklah sesukar atau susah kerana cinta yang luar biasa itu ada dalam diri kita masing-masing. Ianya telah siap-sedia melekat dalam diri kita sejak sekian lama. Sebenarnya pasangan yang ditemukan oleh ALLAH kepada kita adalah amat-amat luar biasa kerana ALLAH menentukan jodoh kita. Jadi, kita semua kaum Nabi Muhammad adalah sangat luar biasa kerana kita dicipta oleh ALLAH untuk membahagiakan sesama manusia. “Percayalah bahawa cinta itu merupakan ciptaan ALLAH yang unik dan kalau kita perasan orang yang paling tenang dan bahagia di sisi ALLAH ialah cintanya hanya kepada ALLAH mengatasi segala-galanya.” Kesimpulan dan konklusinya, mulakanlah cinta anda hari ini dan pastikan setiap langkah yang anda mulakan merupakan cinta kepada ALLAH! Insyaallah.. :)

CINTA SELEPAS KAHWIN

Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah: 1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih sayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat. 2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif. 3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.

Thursday 20 September 2012

lm setahun ada ratusan hari,
Dlm sebulan ada beberape hari,
Dlm sehari ada beberape jam,
Dlm beberapa jam ada minit,
Dlm minit ada saat,
Dlm saat ada kamu,
Dlm kamu pstikn ada kejujuran,
Dlm kejujuran ada aku dan kamu bahagia..

Cinta sampai syurga... ♥ ♥ ♥ ♥ ♥
                                      "keindahan cinta akan pudar jikalau lilin lilin kasih terpadam"
cinta akan retak jikalau kesetiaan,kejujuran dan kasih sayang yang kurang di semai dalam buku buku hati insan yang bercinta.Cinta sememangya manis,namun cinta juga boleh menjadi pahit bila cinta tidak dihargai.
"Andai kau dapat melihat hatiku ..Andai saja kau dapat membaca fikiranku… Betapa ruang jiwaku penuh bayangan dirimu, Menghiasi hari-hariku… Senyum dan suaramu teduhkan jiwaku… Cintailah aku dengan kesungguhanmu.."