ayang, pengorbanan dan kesungguhan memuliakan pasangan dan rumah tangga yang dibina. Pasangan suami isteri hendaklah sentiasa saling hormat-menghormati, menghargai perasaan dan tutur kata, sentiasa mendoakan kesejahteraan keluarga dan berusaha memelihara amanah dan janji yang dibuat. 2. Melahirkan zuriat sebagai bukti cinta yang terjalin. Sekiranya ditakdirkan tidak mempunyai zuriat, suami hendaklah bersabar dan tidak terburu-buru untuk berkahwin lain. Seharusnya usaha dilipatkan gandakan untuk mendapatkan zuriat baik secara tradisional mahupun secara perubatan. Sekiranya tidak berhasil, bolehlah mengambil anak angkat sebagai langkah alternatif. 3. Mengasihi dan menghormati ahli keluarga pasangan suami isteri. Bagi mewujudkan keluarga yang harmonis, perhubungan kedua-dua belah pihak hendaklah dijaga dan dipelihara sebaik mungkin. Sesekali, hadiah dapat dijadikan penghubung kasih-sayang dan tidak lupa untuk bertanya khabar sekiranya tidak berkesempatan untuk menziarahi keluarga yang jauh.
Thursday, 4 October 2012
Bagaimana tu? Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Quran ayat 21 surah ar-Rum ini: “Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah bahawa Dia menciptakan isteri-isteri bagimu dari kalangan kamu sendiri supaya kamu dapat hidup tenang bersama mereka dan diadakan-Nya cinta kasih sayang antara kamu. Sungguh, dalam yang demikian ada tanda-tanda bagi orang yang menggunakan fikiran”. Cinta selepas perkahwinan adalah cinta yang diredai dan dituntut oleh ajaran Islam. Cinta seharusnya berputik mekar selepas pasangan suami isteri itu mendapat mandat yang agung untuk bercinta melalui ikatan yang sah dan diiktiraf oleh agama dan juga anggota masyarakat. Bagi menyuburkan cinta selepas perkahwinan, maka pasangan suami isteri haruslah menghormati hak-hak dan tanggungjawab kepada yang dicintai dengan penuh kecintaan dan kasih sayang. Antara cara-cara untuk menyuburkan rasa cinta sebegitu adalah: 1. Membuktikan cinta melalui ketaatan, kasih s
ADAKAH CINTA KITA LUAR BIASA
Sebelum ini, pernah anda mendengar bait-bait ayat iaitu “Cinta Luar Biasa?”. Selalunya cinta yang luar biasa ini berlaku dalam perhubungan cinta antara dua pasangan dalam keadaan yang romantis dalam percintaan mereka! Mungkin juga anda berpendapat bahawa cinta luar biasa ini ialah cinta di antara raja atau anak sultan, atau bertemu cinta ketika dalam mesyuarat ataupun juga bertemu cinta ketika kemalangan ngeri malah luar biasa lagi bertemu cinta ketika menyelamatkan si dia dalam kesusahan seperti lemas atau sebagainya. Sebenarnya, semua yang dinyatakan adalah perkara yang luar biasa dan jarang berlaku dalam percintaan. Bukan semua manusia dalam kalangan kita menganggap cinta itu luar biasa kerana setiap insan berbeza pendapat dan naluri dalaman mereka. Oleh itu, bagaimana agaknya anda ingin mengesan cinta luar biasa? Sebenarnya ia tidaklah sesukar atau susah kerana cinta yang luar biasa itu ada dalam diri kita masing-masing. Ianya telah siap-sedia melekat dalam diri kita sejak sekian lama. Sebenarnya pasangan yang ditemukan oleh ALLAH kepada kita adalah amat-amat luar biasa kerana ALLAH menentukan jodoh kita. Jadi, kita semua kaum Nabi Muhammad adalah sangat luar biasa kerana kita dicipta oleh ALLAH untuk membahagiakan sesama manusia. “Percayalah bahawa cinta itu merupakan ciptaan ALLAH yang unik dan kalau kita perasan orang yang paling tenang dan bahagia di sisi ALLAH ialah cintanya hanya kepada ALLAH mengatasi segala-galanya.” Kesimpulan dan konklusinya, mulakanlah cinta anda hari ini dan pastikan setiap langkah yang anda mulakan merupakan cinta kepada ALLAH! Insyaallah.. :)

~cinta~
~jangan mencintai seseorang itu jika hatimu@niatmu hanya untuk mempermainkan hatinya..mungkin bagimu ia satu bahan untuk diketawakan tapi....bagi sidia...itulah antara satu coretan yang paling indah yan pernah dilalui...Dalam percintaan...ia bukan mengajar kita erti LEMAH...malah ia mengajar kita erti kekuatan@kebangkitan dalam kita meneruskan hidup yang indah ini...hati dan jantung manusia akan kering kehabisan kasih sayangnya...dan akn menjadi kaca yang pecah tidak akn bertaut kembali..
Bukan emas mahupun permata yang kudambakan..
Hanya sekuntum senyuman dibibir manismu sayang..
Sanggupku tegak melawan arus yang menghanyutkan..
Rela aku berdiri menentang duri ranjau mendatang..
Demi keranamu intan nan seorang.. Cuma seorang..
Oh ya.. Sebelum ku tutup bicara cinta tidak bertepi..
Harap dikau mengingati pegangan hati nuraniku ini
aku hanya seorang insan yang lemah yang hanya mampu bermimpi disetiap hening malam...
Hanya sekuntum senyuman dibibir manismu sayang..
~Kasih Ilahi~
Masa berlalu sudah..
Kemana kaki melangkah
Liku kehidupan mengukir sejarah
Segala cerita tertulis sudah
Sunyi..sepi ..sedih silih berganti
Menghiasi buat esok hari
Membuka isi kelam di kehidupan ini
Yang di penuhi cerita onak dan duri
Kemana jiwa harus pergi
Meninggalkan hari-hari yang sepi
Menjalani hidup yang penuh erti
Mengusir rasa sedih yang ada dihati
Cinta datang membawa erti
Jiwa hilang telah kembali
Kenangan silam tersemat dihati
Seakan bahagia muncul kembali
Apakah ini sebuah mimpi..?
Mimpi yang ku lalu penuh ilusi
Mimpi jiwa yang ingin penuhi erti
Mungkinkah mimpi menjadi kenyataan hidup ini..
Sungguh pantas meratapi sebuah mimpi
Namun kekosongan belum sempat di jalani
Akhirnya ku mula sedari..
Jiwa dicipta bukan untuk bermimpi
Jiwa dicipta untuk mengejar mimpi
Membuat sebuat ilusi mempunyai erti
Sampai masa datang panggilan Ilahi
Dan berakhir sudah kisah hidup sudah ini.

kesetiaan dalam percintaan memerlukan sejuta halangan dan lingkaran kesulitan.Apatah lagi untuk kita menyemaikan kasih dan sayang terhadap seseorang yang kita kasihi.Cinta yang bersulamankan air mata suci adalah bukti keikhlasan sekeping hati yang selalu merindui bayang bayang kasih dan wajah mu yang memancarkan seribu sinaran kebahagiaan.
Subscribe to:
Posts (Atom)