Friday, 21 September 2012
ADAKAH CINTA KITA LUAR BIASA
Sebelum ini, pernah anda mendengar bait-bait ayat iaitu “Cinta Luar Biasa?”. Selalunya cinta yang luar biasa ini berlaku dalam perhubungan cinta antara dua pasangan dalam keadaan yang romantis dalam percintaan mereka!
Mungkin juga anda berpendapat bahawa cinta luar biasa ini ialah cinta di antara raja atau anak sultan, atau bertemu cinta ketika dalam mesyuarat ataupun juga bertemu cinta ketika kemalangan ngeri malah luar biasa lagi bertemu cinta ketika menyelamatkan si dia dalam kesusahan seperti lemas atau sebagainya.
Sebenarnya, semua yang dinyatakan adalah perkara yang luar biasa dan jarang berlaku dalam percintaan. Bukan semua manusia dalam kalangan kita menganggap cinta itu luar biasa kerana setiap insan berbeza pendapat dan naluri dalaman mereka.
Oleh itu, bagaimana agaknya anda ingin mengesan cinta luar biasa? Sebenarnya ia tidaklah sesukar atau susah kerana cinta yang luar biasa itu ada dalam diri kita masing-masing. Ianya telah siap-sedia melekat dalam diri kita sejak sekian lama.
Sebenarnya pasangan yang ditemukan oleh ALLAH kepada kita adalah amat-amat luar biasa kerana ALLAH menentukan jodoh kita. Jadi, kita semua kaum Nabi Muhammad adalah sangat luar biasa kerana kita dicipta oleh ALLAH untuk membahagiakan sesama manusia.
“Percayalah bahawa cinta itu merupakan ciptaan ALLAH yang unik dan kalau kita perasan orang yang paling tenang dan bahagia di sisi ALLAH ialah cintanya hanya kepada ALLAH mengatasi segala-galanya.”
Kesimpulan dan konklusinya, mulakanlah cinta anda hari ini dan pastikan setiap langkah yang anda mulakan merupakan cinta kepada ALLAH!
Insyaallah.. :)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment